Saturday, 7 May 2011

Lesson 1 : Gantinama Diri - Berasingan (Separate Personal Pronouns)

Table 1 : Separate Personal Pronouns

Nota:

1. Format Jadual Gantinama Diri Berasingan ini perlu diteliti dan difahami. Ia merupakan format yang akan digunakan untuk pengajian selanjutnya.

2. Sebagaimana bahasa Malaysia dan English, bahasa Arab juga mempunyai Gantinama Diri Pertama untuk orang bercakap iaitu 'saya', 'kami', 'kita'; Gantinama Diri Kedua untuk orang yang dilawan bercakap iaitu 'kamu'; dan Gantinama Diri Ketiga untuk orang yang dipercakapkan iaitu 'dia', 'mereka'.

3. Perbezaan 1 - Dalam bahasa Arab, terdapat 'Dual' untuk dua orang, bukan hanya Singular dan Plural sebagaimana bahasa Malaysia dan English. Plural di dalam bahasa Arab untuk bilangan 3 atau lebih.

4. Perbezaan 2 - Untuk Gantinama Diri Kedua dan Ketiga, ada istilah lain untuk perempuan (feminine - f).

5. Perbezaan 3 - Gantinama Diri Ketiga bukan hanya untuk manusia sahaja, tetapi juga untuk benda dan sebagainya. Benda dan sebagainya itu dikira sebagai masculine (m-lelaki) atau feminine (perempuan). Perkataan 'it' sebagaimana dalam bahasa English, tidak terdapat dalam bahasa Arab.

6. Untuk peringkat awal ini, penggunaan feminine (perempuan) dan dual tidak ditekankan.
 

No comments:

Post a Comment