Friday, 6 May 2011

Panduan Kursus

1.   Kursus ini sebahagian dari usaha untuk mempelajari Al-Quran, menepati maksud hadits Rasulullah s.a.w. : “Sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.” (Bukhari). Hadits ini sewajarnya menjadi galakan untuk kita tekun belajar di samping mengikhlaskan niat.

2.   Kursus ini fokus kepada mengetahui makna Al-Quran, bukan untuk menulis atau bercakap dalam bahasa Arab. Ia bukanlah satu kursus yang intensif. Walau bagaimanapun diharapkan peserta akan menguasai 25% daripada makna Al-Quran di akhir kursus.

3.   Kursus ini sebagai panduan sahaja. Usaha sendiri amatlah penting. Terjemahan Al-Quran menjadi rujukan utama kursus. Kaitkan apa yang dipelajari dengan terjemahan Al-Quran. Gunakan kitab terjemahan sebagai tongkat, bukannya kerusi roda, dalam mempelajari Quranic Arabic.

4.   Usah panic bila mendapati Quranic Arabic ini satu bahasa yang luas. Pelajari sedikit demi sedikit, anda akan menguasainya nanti. Enjoy apa yang telah dipelajari.

5.   Kedua-dua bahasa Malaysia dan English akan digunakan sebagai bahasa pengantar kursus. Kelebihan bahasa Malaysia di segi vocabulary terutamanya dan English untuk grammar boleh dimanfaatkan dalam kursus ini.

6.   Sebahagian nota kursus diambil dari buku ‘Access to Qur’anic Arabic’ yang ditulis oleh Ustaz AbdulWahid Hamid, dengan keizinan beliau. Buku tersebut boleh digunakan untuk pembelajaran lanjut. Sila rujuk http://www.melspublications.com/.

7.   Blog ini digunakan selari dengan Facebook page ‘Quranic Arabic – Kaedah OCR’. Kelebihan yang ada pada kedua-duanya akan dimanfaatkan.   

No comments:

Post a Comment